Thursday, November 4, 2010
T-Shirt Muslimah ILHAM...LATEST!!
Code : IM38
Saiz : XS - 2XL
Warna : Hitam + Motif kulit harimau bintang
Jenis Kain : Lycra berkualiti tinggi
Kemasan : T-shirt Muslimah Ilham kembali lagi dengan rekaan yang menampilkan potongan ala "cardigan" panjang yang menjadi trend Muslimah pada masa kini, terutama bagi yang masih muda. Menggunakan gabungan dua jenis fabrik kapas lycra yang berwarna hitam dan cetakan berinspirasikan kulit harimau bintang. Ia dijahit bersama supaya kelihatan seperti "2-piece top" dengan kemasan sedikit "gathered" di bahagian dada, memberi sentuhan yang lebih feminin disebalik warna hitam yang klasik dan elegan sekali. Hujung lengan lepas biasa, dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Jika ingin lebih bergaya, kenakan dengan aksesori yang sesuai seperti clincher yang besar atau kecil di bahagian underbust mengikut kesesuaian bentuk badan anda. Cantik dan sesuai digayakan untuk ke pejabat atau aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM46 (XS- XL), RM49 (2XL)
Status : Dalam Stok
Kod : IM40
Saiz : XS - 3XL
Warna : Floral abstrak merah-hitam-putih
Jenis Kain : Lycra berkualiti tinggi
Kemasan : Rekaan T-Shirt ala kardigan labuh kembali lagi dan rekaan kali ini menggunakan fabrik lycra berkualiti tinggi dengan corak gabungan floral abstrak yang menarik berwarna merah-hitam-putih. Kolar cekak musang dengan butang bungkus yang boleh dibuka dan bahagian dada bagi memudahkan ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka. Hujung lengan pumpkin dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Anggun, praktikal dan sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena aksesorinya atau untuk aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM46 (XS - XL), RM49 (2XL)
Status : Dalam Stok
Saiz : XS - 3XL
Warna : Floral Merah & Jingga Muda
Jenis Kain : Kapas berkualiti tinggi
Kemasan : Rekaan T-Shirt Muslimah ini menggunakan fabrik kapas bercorak floral comel berwarna merah dan jingga muda yang kelihatan menarik dan manis sekali . Kolar "V", hujung lengan pumpkin, dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Ceria, praktikal dan sesuai digayakan untuk aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM46 (XS - XL), RM 49 (2XL - 3XL)
Status : Dalam Stok
Tiada Stok (XL)
Kod : IM42
Saiz : XS - 2XL
Warna : Floral Inggeris merah + jingga muda
Jenis Kain : Kapas berkualiti tinggi
Kemasan : Rekaan T-Shirt ala kardigan labuh kembali lagi dan rekaan kali ini menggunakan fabrik kapas interlock berkualiti tinggi dengan corak gabungan floral Inggeris yang comel berwarna kemerahan dan polkadot jingga muda. Kolar cekak musang dengan butang bungkus yang boleh dibuka dan bahagian dada bagi memudahkan ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka. Hujung lengan pumpkin dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Comel, manis, praktikal dan sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena aksesorinya atau untuk aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM46 (XS - XL), RM49 (2XL)
Status : Dalam Stok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment