Code : IJ06
Saiz : XS - 3XL
Warna : Damask biru nila + putih
Jenis Kain : Lycra berkualiti tinggi
Kemasan : Jubah ini dihasilkan menggunakan fabrik lycra berkualiti tinggi bercorak damask yang tampak cukup eksklusif dan anggun dalam rona biru nila dan putih. Kolar bulat dengan butang biasa yang boleh dibuka - sesuai digunakan oleh ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka. Hujung lengan cerut bergetah dan terdapat satu poket di sisi kanan. Sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena dengan aksesorinya, atau untuk aktiviti kasual yang lain.
Harga : RM85 (XS- XL), RM90 (2XL - 3XL)
Status : Dalam Stok
Code : IJ05
Saiz : S - L
Warna : Hijau kebiruan + floral "paisley"
Jenis Kain : Lycra berkualiti tinggi
Kemasan : Jubah ini dihasilkan menggunakan fabrik lycra berkualiti tinggi dimana sifatnya yang berat dan mudah diregangkan (stretchable) membuatkan ia jatuh terletak elok di badan. Fabriknya bercorak floral dengan motif "paisley" yang klasik dan anggun dalam rona hijau kebiruan. Kolar ala cekak musang dengan butang bungkus yang boleh dibuka - sesuai digunakan oleh ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka. Hujung lengan cerut bergetah dan terdapat satu poket di sisi kanan. Sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena dengan aksesorinya, atau untuk aktiviti kasual yang lain. Praktikal dan anggun, semua di dalam sehelai busana. Wajib ada dalam simpanan anda.
Harga : RM89 (S- L)
Status : Tiada Stok
Code : IJ01
Saiz : XS - 2XL
Warna : Floral + Hitam
Jenis Kain : Kapas lycra berkualiti tinggi
Kemasan : Koleksi Jubah Ilham yang pertama ini adalah kembar serupa-tapi-tak-sama kepada T-shirt Muslimah ILHAM berkod IM08. Menggunakan gabungan fabrik floral dengan corak "animal print" yang cantik dan menawan dalam rona hitam, hijau dan kemerahan untuk bahagian badan baju, dan fabrik polos berwarna hitam untuk bahagian dada. Mempunyai poket di sisi kanan baju dan butang di bahagian dada yang boleh dibuka untuk kemudahan ibu-ibu bagi menyusukan anak. Jahitannya lebih kemas dan selesa dipakai. Cantik digayakan ke mana sahaja lebih-lebih lagi jika kena dengan aksesorinya.
Harga : RM89 (XS- XL), RM94 (2XL)
Status : Dalam Stok (XS sahaja)
Code : IJ02
Saiz : XS - 3XL
Warna : Putih
Jenis Kain : Lycra berkualiti tinggi
Kemasan : Koleksi Jubah Ilham kembali dengan rekaan set jubah dan seluar khas bagi para Muslimah yang ingin mengerjakan ibadat haji atau umrah nanti. Rekaan ini diperbuat daripada fabrik lycra polos berwarna putih suci yang berkualiti tinggi dan sangat selesa dipakai. Hujung lengan cekak bergetah dan kolar "V". Terdapat 2 poket berzip di bahagian hadapan baju yang praktikal untuk menyimpan dokumen-dokumen dan barangan penting seperti pasport, telefon bimbit, dompet dan sebagainya ketika sedang mengerjakan ibadat. Set ini juga datang dengan seluar ala arabia berwarna putih yang bercerut getah di bahagian pinggang dan buku lali, mudah dipakai dan tidak merumitkan apabila ingin mengambil wudhuk selain daripada keupayaannya mengelak kekotoran di lantai. Wajib ada dalam simpanan anda dan boleh juga dijadikan hadiah untuk bakal-bakal haji ataupun sebagai persalinan dalam hantaran perkahwinan :)
Harga : RM99 (XS- XL), RM105 (2XL - 3XL)
Status : Dalam Stok
Code : IJ03
Saiz : XS - 2XL
Warna : Hitam
Jenis Kain : Kapas berkualiti tinggi
Kemasan : Jubah mini ini sesuai dipakai untuk aktiviti santai mahupun ketika mengerjakan ibadat umrah atau haji di Mekah. Diperbuat daripada fabrik kapas polos berwarna hitam yang berkualiti tinggi dan selesa dipakai. Berkolar "V" dan hujung lengan cekak bergetah. Terdapat 2 poket sisi yang berzip bagi kemudahan simpanan dokumen dan barangan penting seperti dompet, pasport dan sebagainya ketika sedang mengerjakan ibadat. Terdapat juga sedikit belahan atau "slit" di hujung sisi baju bagi kemudahan dan keselesaan optimum semasa berjalan. Praktikaliti dan keselesaan semua dalam sehelai busana. Wajib ada dalam koleksi anda.
Harga : RM48 (XS- XL), RM50 (2XL)
Status : Dalam Stok
No comments:
Post a Comment