Kod : IM23
Saiz : S - 2XL
Warna : Polkadot fuschia
Jenis Kain : Kapas berkualiti tinggi
Kemasan :Rekaan T-Shirt Nursing ini menggunakan fabrik kapas bercorak polkadot warna-warni yang sangat comel dan warna latar fuschia. Kolar teluk belanga dengan butang bungkus yang boleh dibuka dan bahagian dada dijahit berlapis dengan fabrik hitam di dalamnya bagi memudahkan ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka. Hujung lengan cekak bergetah, dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Cantik, praktikal dan sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena aksesorinya atau untuk aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM46 (S - L), RM49 (2XL)
Status : Dalam Stok
(XL tiada stok)
Kod : IM24
Saiz : XS - 4XL
Warna : Damask biru nila + putih
Jenis Kain : Lycra berkualiti tinggi
Kemasan : Rekaan ini menggunakan fabrik lycra bercorak damask dengan gabungan rona biru nila & putih yang sangat cantik dan tampak begitu sofistikated sekali. Terdapat kemasan yang diinspirasikan oleh baju kebangsaan masyarakat cina seperti cheongsam di bahagian dada memberi sentuhan yang unik dan anggun. Hujung lengan pumpkin, dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Anggun dan sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena aksesorinya atau untuk aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM46 (XS - XL), RM49 (2XL - 4XL)
Status : Dalam Stok
Kod : IM21
Saiz : S - 2XL
Warna : Coklat Tua + Checkers Burberry
Jenis Kain : Kapas berkualiti tinggi
Kemasan : Rekaan kardigan labuh ini menggunakan fabrik kapas polos berkualiti tinggi yang berwarna coklat tua dengan gabungan fabrik bercorak "checkers" yang diinspirasikan oleh jenama pereka antarabangsa yang terkenal iaitu Burberry; memberikan impak minimalis yang sofistikated dan menarik. Kolar "V" dengan butang bungkus yang boleh dibuka ("button-down style"). Hujung lengan lepas biasa, dan mempunyai 2 poket di bahagian depan baju. Anggun, praktikal dan sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena aksesorinya atau untuk aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM46 (S- XL), RM49 (2XL)
Status : Dalam Stok (2XL sahaja)
Kod : IM19
Saiz : XS - 2XL
Warna : Marroon + Kelabu
Jenis Kain : Lycra berkualiti tinggi
Kemasan : Lagi rekaan busana urban bagi Muslimah yang trendy. Kardigan labuh sangat diminati ramai akhir-akhir ini dan menyedari hakikat ini, kami telah menghasilkan rekaan ini menggunakan fabrik lycra bercorak belang dengan gabungan warna marron dan kelabu yang menarik. Kolar"V" dengan butang bungkus yang boleh dibuka ("button-down style"). Hujung lengan lepas biasa, dan mempunyai 2 poket di bahagian depan baju. Cantik, praktikal dan sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena aksesorinya atau untuk aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM48 (XS- XL), RM50 (2XL)
Status : Dalam Stok (XL dan 2XL SHJ)
Code : IM06
Saiz : XS - 3XL
Warna : Floral Ungu
Jenis Kain : Kapas 100% berkualiti tinggi
Kemasan : T-shirt Muslimah Ilham kembali lagi seperti yang dijanjikan dengan rekaan yang lebih menarik. Corak floral memang sudah menjadi kegemaran ramai jadi kami telah menggunakan gabungan fabrik floral comel dalam rona ungu untuk bahagian badan baju, dan dipadankan dengan fabrik kapas polos berwarna ungu gelap di bahagian kolar, hujung lengan dan hujung baju. Hujung sisi baju berbelah (slit) untuk keselesaan semasa berjalan yang optimum dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Jahitannya lebih kemas dan sangat selesa dipakai. Sesuai digayakan ke mana sahaja. Wajib ada dalam almari anda.
Harga : RM46 (XS- XL), RM49 (2XL-3XL)
Status : Dalam Stok
.(S/M/XL/2XL)
Code : IM08
Saiz : XS - 3XL
Warna : Floral + Hitam
Jenis Kain : Kapas 100% berkualiti tinggi
Kemasan : T-shirt Muslimah Ilham kembali lagi seperti yang dijanjikan dengan rekaan yang lebih menarik. Corak floral memang sudah menjadi kegemaran ramai jadi kami telah menggunakan gabungan fabrik floral dengan corak "animal print" yang cantik dan menawan dalam rona hitam, hijau dan kemerahan untuk bahagian dada, hujung lengan dan hujung baju. Dipadankan dengan fabrik polos berwarna hitam yang klasik dan kelihatan sofistikated sekali di bahagian badan baju. Mempunyai poket di sisi kanan baju. Jahitannya lebih kemas dan sangat selesa dipakai. Cantik digayakan ke mana sahaja lebih-lebih lagi jika kena dengan aksesorinya. Wajib ada dalam almari anda.
Harga : RM46 (XS- XL), RM49 (2XL-3XL)
Status : Dalam Stok
Kod : IM14
Saiz : XS - 2XL
Warna : Damask Hitam + Putih
Jenis Kain : Lycra berkualiti tinggi
Kemasan : Rekaan ini menampilkan potongan ala "cardigan" panjang yang menjadi trend Muslimah pada masa kini, terutama bagi yang masih muda. Menggunakan gabungan dua jenis fabrik lycra polos yang berwarna hitam dan fabrik sama bercorak damask berwarna hitam putih yang tampak elegan dan eksklusif sekali. Ia dijahit bersama supaya kelihatan seperti "2-piece top" dengan kemasan sedikit "gathered" di bahagian dada, memberi sentuhan yang lebih feminin. Hujung lengan lepas biasa, dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Jika ingin lebih bergaya, kenakan dengan aksesori yang sesuai seperti "clincher" yang besar atau kecil di bahagian "underbust" mengikut kesesuaian bentuk badan anda. Cantik dan sesuai digayakan untuk ke pejabat atau aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM46 (XS- XL), RM49 (2XL)
Status : Dalam Stok ( XL shj )
Kod : IM17
Saiz : S - 2XL
Warna : Batik abstrak ungu
Jenis Kain : Lycra berkualiti tinggi
Kemasan : Rekaan ini menggunakan fabrik lycra bercorak batik abstrak berwarna ungu dan putih yang menarik. Terdapat kemasan sedikit "gathered" di bahagian dada, memberi sentuhan yang lebih feminin. Hujung lengan cekak bergetah, dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Cantik dan sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena aksesorinya atau untuk aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM46 (S- XL), RM49 (2XL)
Status : Dalam Stok
Code : IM12
Saiz : S - 4XL
Warna : Biru Kehijauan + Floral abstrak
Jenis Kain : Kapas 100%
Kemasan : Rekaan T-Shirt Muslimah kali ini menggunakan fabrik kapas berkualiti tinggi dengan corak floral abstrak yangmenarik dalam rona warna biru tiffany & hijau muda, berlatarkan warna putih suci. Berkolar "V" dan piping di keliling siku di kedua-dua belah lengan. Hujung lengan cekak bergetah dan terdapat poket di sisi baju. Sesuai digayakan ke mana sahaja dan selesa dipakai. Wajib ada dalam almari anda :)
Harga : RM46 (S- XL), RM49 (2XL - 4XL)
Status : Dalam Stok (L dan XL shj)
Kod : IM13
Saiz : XS - 2XL
Warna : Hijau Sirih + Corak belang
Jenis Kain : Kapas Lycra
Kemasan : Rekaan T-Shirt Muslimah kali ini menggunakan fabrik kapas lycra berkualiti tinggi dengan gabungan fabrik polos berwarna hijau sirih di bahagian badan baju, kemudian dipadankan dengan fabrik bercorak belang yang comel dengan rona jingga, kuning dan hijau di bahagian lengan dan kolar. T-Shirt ini berkolar bulat dan mempunyai poket di sisi kanan. Sangat selesa dipakai dalam keadaan cuaca tropika Malaysia. Sesuai digayakan untuk aktiviti kasual dan santai.
Harga : RM46 (S-XL), RM49 (2XL)
Status : Dalam Stok
Kod : IM20
Saiz : XS - 2XL
Warna : Abstrak jingga-merah
Jenis Kain : Lycra berkualiti tinggi
Kemasan : Rekaan ini menggunakan fabrik lycra bercorak abstrak ala "camouflage" dengan gabungan rona merah-jingga yang sangat cantik dan menarik. Terdapat kemasan sedikit "gathered" di bahagian dada, memberi sentuhan yang lebih feminin. Kolar bulat, hujung lengan cekak bergetah, dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Anggun dan sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena aksesorinya atau untuk aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM46 (XS- XL), RM49 (2XL)
Status : Dalam Stok
Code : IM10A
Saiz : S - XL
Warna : Hijau epal + Renda Merah Jambu
Jenis Kain : Kapas Lycra
Kemasan : Rekaan T-Shirt Muslimah kali ini menggunakan fabrik kapas lycra berkualiti tinggi dengan gabungan warna hijau epal di bahagian badan baju, kemudian dipadankan dengan renda yang cantik berwarna merah jambu di hujung baju. Terdapat "piping" putih di kolar dan hujung lengan baju dan mempunyai poket di sisi kanan. Sesuai digayakan untuk aktiviti santai. Stok terhad, jadi dapatkannya sekarang!
Harga : RM49 (S- XL)
Status : Dalam Stok ( L tiada stok )
Code : IM04
Saiz : L sahaja
Warna : Kuning Pastel + Coklat Muda + Putih
Jenis Kain : Kapas jersey 100% berkualiti tinggi
Kemasan : Lagi rekaan terbaru dan ekslusif kami di bawah label independant kami sendiri iaitu "Ilham". Mini jubah ini dihasilkan menggunakan fabrik kapas berkualiti tinggi yang sejuk dan sedap dipakai. Bercorak abstrak yang kelihatan moden, sofistikated dan menarik sekali. Kolarnya berbentuk "V" dan hujung lengan unik dua lapis yang diberi nama "dual-layer camouflage", dimana lapisan dalam berlengan "pumpkin" dan di bahagian luar berlengan kembang. Terdapat satu poket di sisi kanan. Sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena dengan aksesorinya, atau untuk aktiviti kasual yang lain. Praktikal dan anggun, semua di dalam sehelai busana. Wajib ada dalam simpanan anda.
Harga : RM46 (S- XL), RM49 (2XL)
Status : Dalam Stok (saiz M sahaja)
Code : IM09
Saiz : XS - 2XL
Warna : Hitam + Keemasan
Jenis Kain : Kapas lycra berkualiti tinggi
Kemasan : T-shirt Muslimah Ilham kembali lagi seperti yang dijanjikan dengan rekaan kontemporari yang lebih menarik. Rekaan ini menampilkan potongan ala "cardigan" panjang yang menjadi trend Muslimah pada masa kini, terutama bagi yang masih muda. Menggunakan gabungan dua jenis fabrik kapas lycra yang berwarna hitam dan bercorak abstrak dengan cetakan berwarna emas. Ia dijahit bersama supaya kelihatan seperti "2-piece top" dengan kemasan sedikit "gathered" di bahagian dada, memberi sentuhan yang lebih feminin disebalik warna hitam yang klasik dan elegan sekali. Hujung lengan lepas biasa, dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Jika ingin lebih bergaya, kenakan dengan aksesori yang sesuai seperti "clincher" yang besar atau kecil di bahagian "underbust" mengikut kesesuaian bentuk badan anda. Cantik dan sesuai digayakan untuk ke pejabat atau aktiviti-aktiviti santai.
Harga : RM46 (XS- XL), RM49 (2XL)
Status : Dalam Stok (M dan L sahaja)
Code : IM11
Saiz : S - 4XL
Warna : Biru Navy + Floral
Jenis Kain : Kapas lycra berkualiti tinggi
Kemasan : Rekaan T-Shirt Muslimah kali ini menggunakan fabrik kapas lycra berkualiti tinggi dengan corak floral vintage yang sangat comel dalam rona warna pastel dan warna latar biru navy. Berkolar "V" dan piping di keliling siku di kedua-dua belah lengan. Hujung lengan cekak bergetah dan terdapat poket di sisi baju. Sesuai digayakan ke mana sahaja dan selesa dipakai. Wajib ada dalam almari anda :)
Harga : RM46 (S- XL), RM49 (2XL - 4XL)
Status : Dalam Stok (M Sahaja)